Keperluan negara mempunyai projek pembangunan dan
penyelidikan UAV ( Unmanned Aerial Vehicle) tidak dinafikan lagi. Malahan
keperluannya bukan sekadar untuk tujuan ketenteraan semata-mata. Ianya boleh
diaplikasikan untuk tujuan awam seperti pemantauan keadaan trafik, pembakaran
terbuka, penerokaan hutan, projek-projek pembangunan dan pemantauan cuaca
seperti banjir, tanah runtuh, gempa bumi dan lain-lain lagi.
Pemantauan Keadaan Trafik
Di Malaysia ia boleh
digunakan sebagai pembantu dalam aktiviti pemantauan udara siang dan malam dan
pada sebarang cuaca.
Ia boleh aplikasikan untuk tujuan pengurusan trafik
yang lebih lancar khasnya di lebuh-lebuh raya ketika pada waktu puncak.
Kesesakan lalu lintas dapat diperbaiki.
Pemantauan Cuaca
Keupayaannya untuk menghantar data dan imej pada waktu
semasa atau ‘real time’.
Ia juga boleh diaplikasikan
kepada pemantauan banjir yang sering berlaku jadi gambaran yang jelas daripada
atas dapat membantu pihak-pihak berkenaan bertindak pantas dengan maklumat yang
diperolehi.
Ia dapat mempercepatkan operasi memindah dan menyelamatkan kepada
penduduk yang terjejas dengan bencana ini.
Keselamatan Negara
Di samping itu juga pengambilan imej daripada udara ini
dapat digunakan oleh pihak-pihak keselamatan seperti polis dan tentera.
Contohnya dalam kes-kes seperti rompakan, maka ia dapat digunakan dalam
mengejar dan membuat intipan serta pemantauan udara yang lebih jelas di mana
kedududan rompakan tersebut.
Mencegah kemasukan pendatang asing melalui laut.
Membantu pihak maritim untuk bertindak pantas dalam membanteras aktiviti seperti penyeludupan dan kemasukan pendatang tanpa izin ke dalam negara.
Penggunaan kamera yang mempunyai resolusi tinggi mampu
membuat pengimejan tepat terhadap objek yang ingin di ambil adalah penting
untuk sesuatu operasi.
Tidak salah juga digunakan untuk membanteras gejala ‘mat
rempit’ kerana teknologi canggih ini mampu merakamkan ‘aksi-aksi’ mereka
melalui udara di mana sahaja mereka berada.
Alam Sekitar
Ia dapat diaplikasikan dengan
dapat membuat pengimejan daripada udara untuk mengenal pasti tapak pertanian
yang sesuai.
Membantu para petani memantau aktiviti pertanian
mereka melalui udara.
Boleh digunakan dalam pemantauan aktiviti
pembakaran terbuka di mana ia boleh menyebabkan pencemaran alam seperti jerebu.
Penggunaanya dapat diperluaskan dalam penguatkuasaan alam sekitar
terhadap kilang-kilang yang melakukan pembuangan sisa toksid ke udara dan
sungai-sungai.
Ia juga boleh digunakan untuk pemantauan aktiviti penerokaan hutan.
Dapat mencengah aktiviti pembalakan haram