UAV

UAV

PEMBINAAN UAV : SATU PERANCANGAN STRATEGIK MASA HADAPAN

Keperluan negara mempunyai projek pembangunan dan penyelidikan UAV ( Unmanned Aerial Vehicle) tidak dinafikan lagi. Malahan keperluannya bukan sekadar untuk tujuan ketenteraan semata-mata. Ianya boleh diaplikasikan untuk tujuan awam seperti pemantauan keadaan trafik, pembakaran terbuka, penerokaan hutan, projek-projek pembangunan dan pemantauan cuaca seperti banjir, tanah runtuh, gempa bumi dan lain-lain lagi.

Pemantauan Keadaan Trafik
 Di Malaysia ia boleh digunakan sebagai pembantu dalam aktiviti pemantauan udara siang dan malam dan pada sebarang cuaca. 
 Ia boleh aplikasikan untuk tujuan pengurusan trafik yang lebih lancar khasnya di lebuh-lebuh raya ketika pada waktu puncak. 
 Kesesakan lalu lintas dapat diperbaiki.

Pemantauan Cuaca
 Keupayaannya untuk menghantar data dan imej pada waktu semasa atau ‘real time’. 
 Ia juga boleh diaplikasikan kepada pemantauan banjir yang sering berlaku jadi gambaran yang jelas daripada atas dapat membantu pihak-pihak berkenaan bertindak pantas dengan maklumat yang diperolehi. 
 Ia dapat mempercepatkan operasi memindah dan menyelamatkan kepada penduduk yang terjejas dengan bencana ini.

Keselamatan Negara
 Di samping itu juga pengambilan imej daripada udara ini dapat digunakan oleh pihak-pihak keselamatan seperti polis dan tentera. 
 Contohnya dalam kes-kes seperti rompakan, maka ia dapat digunakan dalam mengejar dan membuat intipan serta pemantauan udara yang lebih jelas di mana kedududan rompakan tersebut.
 Mencegah kemasukan pendatang asing melalui laut. 
 Membantu pihak maritim untuk bertindak pantas dalam membanteras aktiviti seperti penyeludupan dan kemasukan pendatang tanpa izin ke dalam negara.
 Penggunaan kamera yang mempunyai resolusi tinggi mampu membuat pengimejan tepat terhadap objek yang ingin di ambil adalah penting untuk sesuatu operasi. 
 Tidak salah juga digunakan untuk membanteras gejala ‘mat rempit’ kerana teknologi canggih ini mampu merakamkan ‘aksi-aksi’ mereka melalui udara di mana sahaja mereka berada. 

Alam Sekitar
 Ia dapat diaplikasikan dengan dapat membuat pengimejan daripada udara untuk mengenal pasti tapak pertanian yang sesuai. 
 Membantu para petani memantau aktiviti pertanian mereka melalui udara. 
 Boleh digunakan dalam pemantauan aktiviti pembakaran terbuka di mana ia boleh menyebabkan pencemaran alam seperti jerebu. 
 Penggunaanya dapat diperluaskan dalam penguatkuasaan alam sekitar terhadap kilang-kilang yang melakukan pembuangan sisa toksid ke udara dan sungai-sungai.
 Ia juga boleh digunakan untuk pemantauan aktiviti penerokaan hutan.
 Dapat mencengah aktiviti pembalakan haram 






TERIMA KASIH SINGGAH! KALAU SUKA LIKE O COMMENT :)

No comments:

Post a Comment