UAV

UAV

KATEGORI UTAMA DALAM PENCIPTAAN UAV

Assalamualaikum uoll'ssss
Kita masih lagi dalam bidang pertahanan. Tapi hari ni kami na cerita pasal kategori utama dalam penciptaan UAV 

emmmmm apa yang korang tahu pasal tajuk nie???????  ktorang tau korang sume x tau hehehehe *opsss terlebih sudah 
X ya pening2 kitorang akan terangkan *hehehehe

So kategori utama UAV ada 3 iaitu STRATEGIK, TAKTIKAL & OPERATIONAL

1. Strategik

 Merupakan aset di peringkat tertinggi dalam angkatan pertahanan.
 Mampu diterbangkan selama 24 jam tanpa henti serta berupaya melaksanakan misi secara serentak di dalam apa jua keadaan cuaca dan keadaan.
  Kemampuan diterbangkan pada ketinggian 10,000 ke 15,000 meter 
 Berkebolehan membawa pelbagai jenis payloads dengan jarak melebihi 800 km yang mampu direkodkan pergerakkannya.




UAV strategik yang digunakan oleh USA


Payload UAV



2. Operational

 Berfungsi untuk menyelusup masuk ke ruang angkasa musuh sehingga ke jarak 200 km sehingga 800 km dengan pelarasan ketinggian mencapai 5,000 ke 10,000 meter. 
 Keupayaan masa untuk diterbangkan adalah antara 8 hingga 12 jam
 Berupaya membawa pelbagai jenis payload. 
 Untuk kegunaan sistem pertahanan darat



UAV Predator

3. Taktikal

 Merupakan jenis sederhana yang direka bentuk untuk beroperasi
pada ketinggian yang rendah di dalam lingkungan line of sight dari stesyen kawalan bumi. 
 Jarak operasinya boleh ditingkatkan dengan penggunaan relay bersama jenis UAV-UAV lain. 
 Berat adalah hanya beberapa ratus paun dan berupaya melaksana misi beberapa jam sahaja dengan penggunaan alat kawalan jauh.
Sperwer MK II


K la korang sampai sini jela entry kali ni penat la na taip banyak2. Daaa~



PUBLISH :D


XOXO GS

TERIMA KASIH SINGGAH! KALAU SUKA LIKE O COMMENT :)

No comments:

Post a Comment